Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lelaki bertopeng tembak mati 2 pekerja bank di Kentucky, AS
  • GLOBAL

Lelaki bertopeng tembak mati 2 pekerja bank di Kentucky, AS

Utusan Sarawak 5 hours ago
DUA pekerja bank maut ditembak seorang penyerang bertopeng di negeri Kentucky, Amerika Syarikat (AS). Foto agensi.

ISTANBUL: Dua pekerja bank maut ditembak seorang penyerang bertopeng di negeri Kentucky, Amerika Syarikat (AS) semalam, lapor Anadolu Ajansi.

Polis Negeri Kentucky berkata suspek memasuki cawangan US Bank di Chestnut Street, Berea pada Khamis, lalu menembak mati dua pekerja sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Kami memahami penduduk Berea dan Madison County. Mereka takut ketika ini dan kami juga bimbang terhadap keselamatan mereka.

“Kami mahu melakukan yang terbaik untuk menjejaki individu ini dan membawanya ke muka pengadilan,” kata anggota Polis Negeri Kentucky, Scottie Pennington.

Pihak berkuasa berkata masih belum jelas sama ada suspek mencuri sesuatu atau bagaimana dia melarikan diri, sambil menggesa penduduk supaya terus berwaspada, mengunci pintu dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan.

“Kami tidak mahu kejadian ini menyebabkan lebih ramai mangsa.

“Kami berharap dia menyerah diri,” kata Pennington. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pekerja zoo ditahan selepas mayat isteri ditemukan dalam krematorium haiwan
Next: Dakwaan Harimau Malaya sakit di Jepun palsu – Perhilitan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.