Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki alami masalah berat badan meninggal dunia
  • TEMPATAN

Lelaki alami masalah berat badan meninggal dunia

Utusan Sarawak 5 years ago
MENINGGAL DUNIA… Mangsa cuba diselamatkan oleh pihak bomba dan pihak ambulans tetapi gagal.

BINTULU: Khidmat pihak bomba diperlukan untuk mengangkat mangsa yang dipercayai mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat bergerak ekoran lebih berat badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson berkata, bantuan khidmat bomba diperlukan oleh pihak hospital untuk mengangkat mangsa dari dalam rumah ke dalam ambulans.

“Anggota bomba menggunakan salvage sheet untuk mengangkat mangsa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun katanya, mangsa mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa diberikan rawatan segera(CPR) oleh pihak hospital bersama pihak bomba,” katanya.

Namun katanya, mangsa tidak dapat diselamatkan dan telah disahkan oleh pihak hospital meninggal dunia di tempat kejadian.

Pihak bomba menyerahkan mangsa kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Jalan berturap untuk Kampung Hijrah
Next: Lapor peniaga ambil kesempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.