LEEDS United merangkul gelaran Liga Kejuaraan tanpa perlu beraksi di atas padang selepas Brentford tumpas 0-1 kepada Stoke.
Keputusan itu sekali gus trofi kejuaraan jatuh ke tangan pasukan bimbingan Marcelo Bielsa.
Sebelum ini Leeds sudah meraikan layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas pasukan tangga kedua West Bromwich Albion kalah 1-2 kepada Huddersfield.
Kurang 24 jam kemudian, keraian kali kedua berlaku lagi di kelab Yorkshire selepas pasukan tangga ketiga Brentford kalah seterusnya membolehkan Leeds dinobatkan sebagai juara.
Pasukan bimbingan Bielsa, akan berdepan Derby malam ini, tatkala mereka mempunyai baki dua perlawanan dan lima mata mengatasi West Brom, yang hanya memiliki satu aksi lagi.
Leeds kembali ke saingan EPL selepas 16 tahun merana termasuk terjerumus ke divisyen tiga, tempoh yang menyakitkan dalam pentadbiran, dengan sejumlah pemilik yang teruk dan 14 pengurus yang gagal.
Bekas pengurus Argentina, Lazio dan Marseille itu kembali mengejutkan Leeds dari tidur dengan penyokong sentiasa membanjiri stadium lebih 35,000 orang di Elland Road sebelum pandemik Covid-19.
Ribuan penyokong meraikan kejayaan di jalan di luar stadium, awal pagi semalam, dengan pemilik Leeds dari Itali, Andrea Radrizzani juga mahu memberi penghormatan kepada legenda kelab yang meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Norman Hunter dan Jack Charlton dua legenda dari era Don Revie pada 1960-an dan 1970-an, meninggal dunia pada hujung perintah berkurung baru-baru ini. Trevor Cherry, yang menyertai Leeds pada awal