Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lebuh Raya Pan Borneo mampu tarik penggemar motosikal berkuasa besar, pacu pelancongan
  • SEMASA

Lebuh Raya Pan Borneo mampu tarik penggemar motosikal berkuasa besar, pacu pelancongan

Utusan Sarawak 7 months ago

Lebuh Raya Pan Borneo (Gambar fail)

KOTA KINABALU: Keadaan jalan yang selesa, efisien dan selamat menerusi pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dilihat mampu menarik kehadiran lebih ramai peminat motosikal berkuasa besar ke negeri itu selain berupaya memacu sektor pelancongan.

Presiden Persatuan Penunggang Motosikal Berkuasa Besar Sabah, Datuk Osman Ahmed berkata tahap keselamatan para penunggang juga akan dapat dipertingkat apabila pembinaan jaringan lebuh raya itu siap sepenuhnya.

“Insya-Allah, sedikit masa lagi, apabila pembinaan Pan Borneo selesai, kami akan buat satu program iaitu produk baharu untuk sektor pelancongan di Sabah. Saya harap sukan permotoran mendapat maklum balas baik dan positif daripada seluruh peminat motosikal berkuasa besar.

“Saya juga yakin dengan kondisi jalan raya yang baik, sudah tentu ramai penunggang motosikal berkuasa besar akan ke Sabah untuk menikmati keindahan Negeri di Bawah Bayu,” katanya kepada pemberita pada Festival Permotoran Berkuasa Besar Antarabangsa Pulau Borneo di sini hari ini.

Seramai 1,150 peminat sukan itu dari Labuan, Sarawak dan Sabah selain Brunei Darussalam, Indonesia serta Singapura mendaftar untuk menyertai program itu yang bertujuan mengeratkan silaturahim antara mereka.

Pagi tadi, lebih 300 motosikal berkuasa besar menyertai konvoi mengelilingi bandar raya ini dengan diketuai Osman, yang juga pengerusi penganjur festival itu.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: 33 kapal diperiksa dalam Ops AmbalĀ 
Next: Pendidik perlu kuasai teknologi digital dalam bilik darjah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.