Lebih 500 peserta dijangka sertai Energy Fun Run Ahad ini

Facebook
WhatsApp
KIT… Pihak penganjur menunjuk kit perlumbaan yang akan diserahkan kepada peserta, Sabtu ini.

MIRI: Lebih 500 peserta dijangka akan menyertai Energy Fun Run anjuran Miri FM, Ahad ini.

Energy Fun Run Miri FM ini merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50.

Majlis pelepasan itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Sebastian Ting pada 6.30 pagi di hadapan Bintang Mega Mall.

Energy Fun Run ini, bahawa para peserta akan melalui laluan sejauh 5 kilometer, mempamerkan tenaga dan semangat mereka dalam meraikan majlis.

Menurut pihak penganjur, disebabkan masalah teknikal, tempoh pengumpulan kit perlumbaan yang pada mulanya dijadualkan selama dua hari pada esok dan lusa, telah diselaraskan Sabtu ini, 14 Disember sahaja.

Sehubungan itu, untuk butiran lanjut atau pertanyaan, boleh menghubungi Teo di talian 016-8886365.

Oleh Adum Liu

Terima kasih feri Batang Paloh

SIBU, 28 Oktober: Perkhidmatan feri Batang Paloh akan menamatkan operasinya pada 12.00 tengah hari Jumaat ini (30 Oktober), seiring dengan

Kata Ditulis, Jiwa Dieja

GUMPALAN kata yang ditulis dalam sesebuah sajak merupakan bingkisan suara hati insan yang lirih. Seolah-olah ada resah yang mahu keluar