Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 500 penduduk bersungke di Pantai Belawai
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 500 penduduk bersungke di Pantai Belawai

Utusan Sarawak 2 months ago
Sekitar Program Imarah Ramadan 2025: Jom Merami Sungke, di Pantai Belawai semalam. Foto Facebook Jabatan Penerangan Sarawak

TANJUNG MANIS: Lebih 500 penduduk tempatan memeriahkan suasana Pantai Belawai dalam Program Imarah Ramadan 2025: Jom Merami Sungke, semalam.

Ia dianjurkan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) bersama Pejabat Daerah Tanjung Manis dan Kem Belia Mukah.

Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab yang turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 50 golongan asnaf sekitar daerah ini.

Sumbangan tersebut merupakan hasil sumbangan MySED serta Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas).

Selain penyampaian bantuan, Yusuf turut beramah mesra dengan penduduk sambil mengagihkan bubur pedas dan bubur kacang hijau sebagai juadah berbuka puasa beramai-ramai.

Program diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah di Pantai Belawai, sebelum Yusuf menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk di Masjid Al-Haj Kampung Jerijeh Baru.

Program ini bukan sahaja menghidupkan semangat Ramadan, malah juga mengukuhkan perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail Kasah; Pengetua Kem Belia Mukah, Satar Smawi; Pengurus Besar Pelabuhan Bersepadu Tanjung Manis, Sadiah Tu; Pemanca Daerah Tanjung Manis, Morshidi Moris; ketua-ketua jabatan serta ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) Daerah Tanjung Manis. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Pengguna jalan raya diingatkan berhati-hati memandu balik kampung
Next: Visi, peranan SIDS di peringkat kampung, akar umbi beri kesan positif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.