Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Lebih 326,000 pelajar IPTA pilih bidang STEM bagi tempoh 2023 hingga Mac 2026 – KPT
  • PENDIDIKAN

Lebih 326,000 pelajar IPTA pilih bidang STEM bagi tempoh 2023 hingga Mac 2026 – KPT

Utusan Sarawak 3 hours ago
BIDANG STEM terus jadi pilihan pelajar IPTA, lebih 326,000 direkodkan. Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Berdasarkan data sistem MyMOHES Kementerian Pengajian Tinggi seramai 326,419 daripada 556,556 pelajar diploma dan ijazah pertama yang memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) bagi tempoh 2023 hingga Mac 2026 mengikuti bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim berkata manakala baki seramai 230,137 orang mengikuti bidang bukan STEM bagi tempoh berkenaan.

“Statistik ini menunjukkan IPTA terus memberikan penekanan jelas terhadap pembangunan bakat dalam bidang STEM, selaras dengan keperluan negara dan permintaan industri masa hadapan, khususnya sektor berteknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, automasi, pendigitalan serta teknologi hijau,” katanya pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai nisbah pelajar yang memasuki IPTA/IPTS dalam bidang STEM berbanding dengan bidang bukan STEM, serta jumlah jurutera dalam pelbagai disiplin yang disasarkan dalam Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 bagi memenuhi permintaan industri.

Adam Adli menjelaskan DSTIN 2021 hingga 2030 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tidak menetapkan pembangunan modal insan berdasarkan bilangan mutlak jurutera mengikut disiplin tertentu.

Sebaliknya, beliau berkata pendekatan yang digunakan adalah melalui pembangunan ekosistem Penyelidik, Saintis, Jurutera dan Teknologi (RSET) secara menyeluruh.

“Bagi menyokong pertumbuhan industri berteknologi tinggi, dasar ini menyasarkan nisbah 200 RSET bagi setiap 10,000 tenaga kerja menjelang 2030. Justeru, merujuk kepada sasaran ini dan unjuran guna tenaga kerja negara sekitar 17.06 juta orang, Malaysia memerlukan kira-kira 341,200 tenaga kerja RSET menjelang 2030.

“Maka, kementerian akan terus memperkukuhkan ekosistem pendidikan tinggi agar penawaran program, kapasiti industri dan pembangunan bakat sentiasa selari dengan keperluan industri serta aspirasi pembangunan negara,” kata Adam Adli.

Menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mengenai usaha menambah bilangan pensyarah pakar, makmal penyelidikan dan kemudahan berteknologi tinggi bagi memenuhi permintaan terhadap program AI, semikonduktor serta kejuruteraan digital, beliau berkata tumpuan diberikan kepada empat universiti di bawah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). – BERNAMA

Continue Reading

Previous: KPT teliti pembinaan asrama tampung 700 pelajar TVET di Betong – Adam Adli
Next: Politeknik Kuching Sarawak perkukuh pengurusan asrama, kebajikan pelajar jadi keutamaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.