Lebih 30 cedera dalam letupan Gudang di Pakistan

Facebook
WhatsApp

SESEORANG berjalan di luar gudang bunga api ketika asap mengepul selepas letupan, di Karachi
Seseorang berjalan di luar gudang bunga api ketika asap mengepul selepas letupan, di Karachi, Pakistan 21 Ogos 2025.

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 34 orang cedera dalam beberapa siri letupan di sebuah gudang di bandar Karachi, Pakistan pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut jurucakap polis, bahan mentah untuk pembuatan bunga api disimpan secara haram di lokasi kejadian. Letupan itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Video yang dikongsi di platform X menunjukkan kepulan asap tebal naik dari sebuah bangunan bertingkat.

Gudang itu terletak di daerah padat penduduk di bandar pelabuhan berkenaan dan di bawah bangunan kediaman, kata jurucakap itu.

Bangunan berkenaan telah dikosongkan dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran.

Polis berkata mereka telah menahan dua pemilik gudang itu.

“Lebih 50 kilogram bahan mentah mungkin disimpan di tingkat bawah tanah. Ia digunakan untuk membuat bunga api, tetapi berpotensi juga untuk  bom,” kata jurucakap unit antikeganasan bandar itu. Polis masih meneruskan siasatan.– Bernama-dpa

Indonesia keluar amaran ombak tinggi

JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) hari ini mengeluarkan amaran ombak setinggi sehingga empat meter di beberapa perairan

Indonesia keluar amaran ombak tinggi

JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) hari ini mengeluarkan amaran ombak setinggi sehingga empat meter di beberapa perairan