Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 30 anggota PDRM sertai program kebaktian sempena Hari Polis di Marudi
  • Utara
  • WILAYAH

Lebih 30 anggota PDRM sertai program kebaktian sempena Hari Polis di Marudi

Utusan Sarawak 2 months ago
UNTUK ALBUM… Anggota PDRM, Polis Bantuan dan Kadet Polis sekolah merakam kenangan bersama sempena program kebaktian dan sembahyang sempena peringatan Hari Polis ke-218 peringkat IPD Marudi, hari ini.

MARUDI: Seramai lebih 30 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi telah menyertai program kebaktian dan sembahyang sempena peringatan Hari Polis ke-218 peringkat IPD Marudi, hari ini.

Pada tahun ini, program kebaktian diadakan di Gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) Marudi dan turut dihadiri oleh pegawai kanan polis, anggota PDRM, polis bantuan serta Kadet Polis sekolah.

Bertemakan “Gereja Untuk Setiap Suku dan Injil Untuk Setiap Orang”, program ini menjadi pegangan dan panduan rohani kepada semua warga PDRM.

Pengerusi Kelab Rohani dan Rekreasi IPD Marudi, ASP George Shua Apau Pana dalam ucapannya, berkata bahawa anggota PDRM secara tidak langsung menyumbang kepada keharmonian, keamanan dan kestabilan ekonomi negara.

“Sebagai penguat kuasa undang-undang, anggota PDRM tidak boleh lari daripada nilai keimanan. Diharapkan semua anggota dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan menjadi pegawai yang berintegriti dan berhati mulia,” katanya.

Menurutnya lagi, PDRM akan terus melaksanakan tugas dengan amanah, ikhlas serta menjaga integriti dan komitmen tinggi bagi memastikan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan polis terus kekal utuh.

George Shua turut menegaskan bahawa pasukan PDRM akan terus membudayakan nilai mesra, adil dan amanah dalam memperkukuh integriti organisasi.

Sementara itu, program kebaktian berkenaan telah dipimpin oleh Pastor Abraham Ngang dari Gereja BEM Marudi.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Guru bahasa Iban digalak kuasai AI
Next: Anjing liar berkeliaran sekitar Taman Tunku cetus kebimbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.