Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 2,000 penduduk bakal nikmati projek jalan URDA – Nanta
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 2,000 penduduk bakal nikmati projek jalan URDA – Nanta

Utusan Sarawak 4 months ago

KAPIT: Lebih 2,000 penduduk dari lima kawasan rumah panjang di sekitar perkampungan Baleh, Rumah (Rh) Belaja, Nanga (Ng) Benin, Ng Pelagus, dan Pelagus Resort bakal menikmati kemudahan jalan raya baharu yang bakal siap pada April 2027.

Projek pembinaan jalan sepanjang tujuh kilometer (km) melibatkan dua jambatan utama itu menelan kos kira-kira RM70 juta.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Jalan Baharu Jambatan Baleh/Rh Belaja/Ng Benin/SK Ng Pelagus/Pelagus Resort di bawah Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA) Fasa 1, Seksyen 1 di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang.

Nanta dalam ucapannya berkata, meskipun jarak pembinaan jalan bagi projek ini agak pendek, tetapi ia memerlukan peruntukan yang besar dan tempoh masa selama tiga tahun kerana bentuk permukaan muka bumi di kawasan berkenaan agak mencabar.

“Dengan siapnya projek ini kelak, ia akan menyempurnakan beberapa lagi projek lain yang turut dijalankan di kawasan sekitar termasuk oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) seterusnya memudahkan rakyat yang ketika ini terpaksa menggunakan laluan balak kerana perkampungan di sini yang agak terpencil,” ujarnya.

Beliau juga memberi nasihat kepada kontraktor yang dilantik agar menyiapkan projek mengikut masa yang ditetapkan tanpa melibatkan permohonan lanjutan waktu, bagi menjimatkan kewangan kerajaan.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Kapit merangkap Pengerusi URDA akan memastikan projek infrastruktur dan jalan raya lain di bawah URDA mendapat peruntukan yang diperlukan bagi menyempurnakan jaringan jalan di kawasan ini.

“Saya yakin apabila beberapa projek lain berjaya disiapkan dalam dua hingga tiga tahun ini, ia akan memberi sumbangan besar kepada penduduk dari Kapit hingga ke Belaga,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa albino terlepas sangkar diserahkan kepada SFC
Next: Ayam riuh ular sawa bertandang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.