Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 1,500 penerbangan dibatalkan, ribut badai Timur Laut AS
  • GLOBAL

Lebih 1,500 penerbangan dibatalkan, ribut badai Timur Laut AS

Utusan Sarawak 2 years ago

NEW YORK: Lebih 1,500 penerbangan masuk dan keluar dari Amerika Syarikat (AS) dibatalkan setakat petang Ahad berikutan ribut melanda timur laut negara itu pada hujung minggu, lapor Xinhua.

Ribut petir dan hujan lebat telah menyebabkan gangguan penerbangan besar-besaran di lapangan terbang utama di New York dan New Jersey, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di New Jersey mengalami pembatalan paling ketara, dengan 362 penerbangan dibatalkan manakala 337 lagi ditunda setakat petang semalam, menurut laman  sesawang penjejakan penerbangan FlightAware.

Di New York, Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy menyaksikan 318 penerbangan dibatalkan dan 426 penerbangan ditangguhkan. Di Lapangan Terbang LaGuardia, sebuah lagi lapangan terbang di bandar ini, jumlah penerbangan yang dibatalkan telah mencecah 270.

Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan turut ditutup akibat ribut petir pada petang semalam. Data FlightAware menunjukkan hampir 260 penerbangan telah dibatalkan.

Sementara itu, di Timur Laut AS, lebih 56 juta orang berada di bawah pengawasan banjir ketika hujan lebat turun, semalam, menyebabkan banjir kilat dan bekalan elektrik terputus di beberapa bahagian New York, New Jersey, Pennsylvania, Delaware dan Maryland. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: 49 terbunuh, hilang hujan lebat di Korea Selatan
Next: 2.7 juta penduduk di Afrika terjejas akibat kemarau – PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.