Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada SCaT 2024 
  • TEMPATAN

Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada SCaT 2024 

Utusan Sarawak 7 months ago

UNTUK ALBUM...Ding (tengah) merakam kenangan bersama peserta yang hadir pada majlis penutupan SCaT 2024 di Stadium Tertutup Sibu.

SIBU: Pameran Karier dan Latihan Sarawak (SCaT) 2024 di sini menawarkan lebih 1,000 kekosongan pekerjaan dalam pelbagai sektor melalui kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan 30 syarikat yang mengambil bahagian. 

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Datuk Ding Kuong Hiing berkata seramai 742 calon telah menyertai sesi temu duga terbuka, dengan 341 calon berjaya melangkah ke pusingan kedua sempena majlis itu.

“Usaha ini dilihat sebagai langkah proaktif untuk menangani cabaran pengangguran dan memperluas jaringan komunikasi hingga ke akar umbi.

“Saya berharap agar usaha mengumpulkan institusi pendidikan, perkhidmatan kewangan, dan pihak industri akan melengkapkan belia dengan kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi pasaran kerja yang semakin mencabar,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan SCaT 2024 di Stadium Tertutup Sibu, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong itu, TEGAS) terus memainkan peranan penting sebagai penghubung antara masyarakat dengan institusi akademik, badan kewangan, dan pihak industri melalui pelbagai inisiatif, termasuk SCaT 2024.

Katanya, inisiatif seperti SCaT adalah platform penting untuk memberi akses kepada pelajar, pencari kerja, dan profesional muda terhadap maklumat serta peluang yang mampu membentuk masa depan mereka.

“TEGAS menyediakan platform di mana individu boleh berinteraksi terus dengan universiti, kolej, pusat latihan, dan penyedia bantuan kewangan. 

“Ini memberi belia kita ilmu dan sumber yang diperlukan bagi mereka membuat keputusan tepat dalam pendidikan dan laluan kerjaya mereka,” katannya.

Beliau berkata hubungan yang diwujudkan tidak hanya terhad kepada bidang akademik, tetapi turut melibatkan industri untuk membuka peluang pencari kerja bertemu majikan, menghadiri temu duga segera, dan memahami trend pasaran buruh semasa.

Ding turut menggalakkan semua belia untuk memanfaatkan peluang ini sepenuhnya demi meningkatkan potensi diri.

“Ilmu, kemahiran, dan jaringan yang dibina di sini akan menjadi kunci dalam membentuk masa depan anda serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kita. Masa depan bergantung kepada usaha dan dedikasi kita hari ini,” tambahnya.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap MEITD Anielia Siam dan Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS Udin Bujang.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Dato Sim Kiang Chiok kekal Pengerusi SUPP Stakan
Next: Pesta Benak 2024 menjanjikan pelbagai acara menarik pada 29 Nov-1 Disember

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.