KUCHING: Serian terus merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 258 setakat 9.00 pagi hari ini.
Bacaan itu menjadikan Serian stesen dengan IPU tertinggi di Sarawak, diikuti Tebedu (218), Lundu (217) dan Lubok Antu (217), yang turut berada dalam kategori sangat tidak sihat.
Sementara itu, 13 stesen lain mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan Sri Aman merekodkan bacaan 197, Samarahan (195), Kuching (191) dan Betong (MCAQM) (188).
Kanowit pula mencatatkan bacaan 176, diikuti Bintulu (152), Sarikei (151), Samalaju (148), Mukah (118), Sibu (108) dan Lawas (100).
Lima stesen lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana, iaitu Miri dengan bacaan 95, ILP Miri (83), Limbang (83), Kapit (78) dan Bario (61).
Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.
Oleh Afiq Sallehi





