Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebih 1,000 orang ziarah kediaman Allahyarham Dato Pengiran Jawa 
  • TEMPATAN

Lebih 1,000 orang ziarah kediaman Allahyarham Dato Pengiran Jawa 

Utusan Sarawak 4 months ago

PEJUANG PBB...Allahyarham Dato Pengiran Jawa Pengiran Amjah kembali ke rahmatullah dengan penuh ketenangan dan legasi yang sukar ditandingi. 

LAWAS: Lebih 1,000 masyarakat di Lawas menziarahi kediaman veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Allahyarham Dato Pengiran Jawa Pengiran Amjah di kediamannya di Taman Dato Pengiran Jawa Trusan pagi ini.

Allahyarham yang berusia 97 tahun meninggal dunia di hospital Lawas pada 11.15 malam tadi dan jenazahnya dibawa balik ke kediamannya malam yang sama. 

Menurut salah seorang anak Allahyarham, Kr Awangku Mohd Ariffin Pengiran Jawa, jenazah dikebumikan hari ini di tanah perkuburan Islam Trusan. 

“Abang kami, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin dalam penerbangan balik dari Kuala Lumpur selepas menyertai urusan rasmi bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Kuala Lumpur kelmarin,” katanya ketika ditemui media di kediaman bapa mereka.

Allahyarham meninggalkan sepuluh anak iaitu tiga perempuan dan tujuh lelaki. 

Sumbangan besar Allahyarham ialah menubuhkan Parti Bumiputera yang pertama di Lawas pada 1962 iaitu di Trusan sebelum bergabung dengan Pesaka menjadi PBB. 

Allahyarham pernah bertugas sebagai anggota polis di Kuching sebelum diarah balik ke Lawas menubuhkan PBB atas permintaan Allahyarham Tun Abdul Rahman Yakub dan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. 

Anak-anak beliau terus aktif dalam PBB dan antara yang menonjol ialah Allahyarham Awangku Omar, bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Awangku Jinal Abedin yang kini merupakan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak. 

Selain itu, anak-anak lain aktif dalam PBB di peringkat ranting mahupun cawangan.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Tokoh pengasas PBB Lawas meninggal dunia
Next: Projek gantian paip lama di Rampangi siap Mei ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.