Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lazio tewas lagi
  • SUKAN

Lazio tewas lagi

Utusan Sarawak 5 years ago
PATRIC dibuang padang kerana menggigit . – AFP

LAZIO, yang tewas 3-0 kepada AC Milan pada hujung minggu,  mengalami kekalahan kedua berturut-turut, tewas 2-1 di Lecce yang diancam penyingkiran.

Pemain pertahanan Patric menambah masalah Lazio dalam masa kecederaan apabila dia dibuang padang kerana menggigit pemain Lecce, Giulio Donati dan bakal menghadapi penggenatungan yang panjang, terutama dengan peraturan Covid-19 yang ketat.

“Impian kami harus diteruskan, iaitu untuk layak secara matematik ke Liga Juara-Juara UEFA,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi kepada Sky Sport Italia.

“Kami berharap dapat mencapainya secepat mungkin, tetapi itu adalah satu-satunya objektif kami.”

Lecce mengakhiri kekalahan enam perlawanan berturut-turut dengan cara penuh dramatik untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Lazio beraksi tanpa penyerang Ciro Immobile dan Felipe Caicedo kerana penggantungan ketika menentang Milan, tetapi kedua-duanya memainkan peranan penting ketika mereka memberikan pasukan pelawat di depan seawal minit kelima, tidak lama selepas jaringan pemain tengah Lecce, Marco Mancosu dibatalkan oleh VAR kerana bola sudah terkena tangan.

Tetapi pasukan tuan rumah berjaya meraih gol penyamaan setengah jam selepas sepak mula ketika penyerang dari Senegal, Khouma Babacar menanduk masuk hantaran  silang Filippo Falco.

Lazio terselamat sejurus sebelum rehat apabila Lecce dihadiahkan sepakan penalti kontroversial setelah bola terkena tangan  Patric, tetapi sepakan penalti Mancosu melepasi palang.

Lecce membuat kejutan apabila pemain pertahanan tengah Fabio Lucioni, menanduk masuk sepakan sudut pada awal babak kedua.

Detik kegilaan Patric muncul pada minit ketiga masa kecederaan ketika dia menggigit Donati. – AFP

Continue Reading

Previous: Zlatan inspirasi kebangkitan Milan
Next: Kompleks sukan bertaraf antarabangsa dibina di Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.