Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lawatan sambil belajar ke balai bomba 
  • WILAYAH

Lawatan sambil belajar ke balai bomba 

Utusan Sarawak 4 months ago

PENGISIAN AKTIVITI.....Antara pengisian aktiviti dijalankan sepanjang lawatan sambil belajar kanak-kanak Tabika Kemas Sungai Sugai. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 10 orang kanak-kanak, tiga guru dan 11 orang ibu bapa dari Tabika Kemas Sungai Sugai, Julau telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor. 

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, lawatan tersebut bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 11.30 pagi semalam. 

“Antara pengisian aktiviti termasuk ceramah pencegahan keselamatan dan demonstrasi menyelamatkan diri dari asap menggunakan kaedah merangkak. 

“Kanak-kanak turut menjalankan latihan “Berhenti, Rebah dan Guling”,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut mengadakan demonstrasi pemadaman kebakaran dapur dan gas. 

“Para peserta juga berpeluang belajar cara pemadaman kebakaran dapur dan gas. Pameran jentera bomba dan peralatan juga diadakan oleh pihak kami.

“Aktiviti aktiviti berjalan lancar dan jayanya. Alhamdulillah, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang lawatan tersebut,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Kehadiran Baby Shima meriahkan pembukaan sebuah restoran di Bintulu
Next: Satukan masyarakat dalam suasana keriangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.