Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lawas A juara Badminton Berpasukan Limbang 2024
  • Utara
  • WILAYAH

Lawas A juara Badminton Berpasukan Limbang 2024

Utusan Sarawak 4 months ago
JUARA BERPASUKAN…Zaini Garib menyerahkan hadiah kemenangan kepada pasukan Lawas A.

LIMBANG: Lawas A muncul juara pada Pertandingan Badminton Berpasukan Bahagian Limbang 2024.

Pertandingan anjuran Persatuan Badminton Bahagian Limbang (PBBL) di Dewan Kampung Pahlawan baru-baru ini turut menawarkan hadiah wang tunai RM3,000, piala dan pingat kepada juara pertandingan.

Sementara itu pasukan Dream Team A mendapat kedudukan naib juara dan menerima wang tunai RM2,000 piala dan pingat.

Dream Team B dan Northern Empire Bc B yang berkongsi kedudukan ketiga bersama menerima wang tunai RM1,000 piala dan pingat.

Timbalan Presiden PBBL Zaini Garib hadir menyerahkan hadiah kemenangan pada pertandingan itu.

Turut sama ialah Setiausaha PBBL Arni Kassim.
Sebanyak lapan pasukan menyertai pertandingan ini melibatkan 120 pemain dari Limbang dan Lawas.

Pertandingan itu diadakan untuk menggalakkan amalan cara hidup sihat dengan bersukan, memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain menghadapi pertandingan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 20 penerima terima pampasan
Next: Galong kini Residen Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.