Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lau akan letak jawatan Timbalan Pengerusi MDLBS
  • TEMPATAN

Lau akan letak jawatan Timbalan Pengerusi MDLBS

Utusan Sarawak 5 years ago
DERMA DARAH…Lau (duduk, dua kanan) dan Sempurai (duduk, tiga kanan) merakam kenangan pada Kempen Derma Darah anjuran bersama MDLBS dan PBSM Cabang Sibu di Sibujaya, semalam. Turut kelihatan ialah Chua (duduk, dua kiri) serta yang lain.

SIBU: Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew yang baharu dilantik akan meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dalam masa terdekat ini.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Menderma Darah anjuran bersama MDLBS dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Sibu di Perpustakaan Awam Sibu Jaya, semalam.

Robert Lau yang juga Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan akan menghadiri mesyuarat bulanan MDLBS yang terakhir baginya pada Isnin ini dan akan mengucapkan selamat tinggal kepada kakitangan MDLBS.

“Saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MDLBS kepada Presiden SUPP, Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada hari mengangkat sumpah sebagai Senator pada 22 Jun lalu,” jelasnya.

Katanya, beliau akan bertanding untuk Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang jika partinya dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhasrat ingin meletakkannya sebagai calon untuk kerusi DUN Bawang Assan.

“Saya sedia memberikan komitmen jika keputusan mereka benar-benar memerlukan khidmat saya,” ujarnya.

Sebagai Senator, katanya lagi, beliau mempunyai platform untuk berkhidmat kepada rakyat di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Saya akan membuka pusat khidmat sebagai Senator di Jalan Kampung Nyabor pada 1 Julai ini. Ia adalah untuk memberikan khidmat kepada rakyat di Sibu,” ujarnya lagi.

Turut hadir ialah Pengerusi MDLBS, Sempurai Petrus Ngelai, Pengerusi PBSM Cabang Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee serta yang lain.

Continue Reading

Previous: Pembetung tersumbat perlu diselenggara
Next: Tingkat kesedaran penjagaan alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.