Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Latihan Cabaran Kemahiran Pertahanan Awam tingkat kesiapsiagaan anggota APM Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

Latihan Cabaran Kemahiran Pertahanan Awam tingkat kesiapsiagaan anggota APM Saratok

Utusan Sarawak 5 hours ago
APM Daerah Saratok telah mengadakan Latihan Cabaran Kemahiran Pertahanan Awam PDPA Saratok bertempat di Padang Majlis Daerah Saratok, pada Sabtu. Foto: APM Saratok.

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok mengadakan Latihan Cabaran Kemahiran Pertahanan Awam bagi menguji tahap kemahiran, ketahanan fizikal dan kecekapan anggota dalam menghadapi situasi kecemasan serta operasi di lapangan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, latihan tersebut berlangsung di Padang Majlis Daerah Saratok pada Sabtu bermula 7.00 pagi hingga 6.00 petang dengan penglibatan seramai 32 anggota.

APM Daerah Saratok telah mengadakan Latihan Cabaran Kemahiran Pertahanan Awam PDPA Saratok bertempat di Padang Majlis Daerah Saratok, pada Sabtu. Foto: APM Saratok.

Menurut beliau, jumlah keanggotaan yang terlibat terdiri daripada dua pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang bersama-sama menyertai pelbagai cabaran latihan operasi dan fizikal.

Beliau berkata, latihan itu diadakan sebagai medium untuk menilai tahap kesiapsiagaan anggota selain memperkukuh kemahiran teknikal dan daya tahan mental dalam kalangan anggota APM Daerah Saratok.

APM Daerah Saratok telah mengadakan Latihan Cabaran Kemahiran Pertahanan Awam PDPA Saratok bertempat di Padang Majlis Daerah Saratok, pada Sabtu. Foto: APM Saratok.

“Program ini turut memberi penekanan kepada semangat kerja berpasukan, disiplin serta kemampuan anggota untuk bertindak secara pantas dan berkesan ketika operasi sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara silibus latihan yang dijalankan termasuk pengendalian haiwan berbisa, membentang dan menggulung hos bomba, memadam kebakaran serta halangan membawa beban.

APM Daerah Saratok telah mengadakan Latihan Cabaran Kemahiran Pertahanan Awam PDPA Saratok bertempat di Padang Majlis Daerah Saratok, pada Sabtu. Foto: APM Saratok.

Selain itu, anggota turut menjalani latihan pengendalian peralatan operasi seperti penggunaan gergaji berantai, cabaran membalikkan tayar, soalan kuiz objektif serta ujian kecerdasan intelek (IQ).

Menurut Leftenan Nur Athirah, setiap latihan yang dijalankan dirangka bagi meningkatkan kecekapan anggota dalam aspek pengendalian operasi kecemasan selain memastikan mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana atau insiden.

Beliau menambah, pihak APM Daerah Saratok akan terus mempergiat latihan seumpama itu dari semasa ke semasa sebagai usaha melahirkan anggota yang kompeten, cekap dan berdaya tahan tinggi demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terjamin.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sambutan Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum
Next: BBP Bintangor jalankan pemeriksaan cegah bahaya kebakaran di enam premis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.