Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Larian 722 Hari Sarawak 22 Julai ini
  • WILAYAH

Larian 722 Hari Sarawak 22 Julai ini

Utusan Sarawak 2 years ago
UNTUK ALBUM… ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bersama ahli Pemuda SUPP Bintangor, Saberkas Cawangan Meradong dan Kelab Belia Taman Bintang bergambar selepas mesyuarat pelaksanaan Larian 722 Hari Sarawak 2023.
 

BINTANGOR: Larian 722 Hari Sarawak 2023 akan diadakan 22 Julai 2023 sempena cuti umum bertempat di Dewan Masyarakat Bintangor. 

Program tersebut akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor Datuk Ding Kuong Hiing. 

Ia merupakan anjuran Pemuda Parti SUPP Cawangan Bintangor dengan kerjasama Saberkas Cawangan Meradong dan dibantu oleh Wanita Parti SUPP Cawangan Bintangor dan Kelab Belia Taman Bintang Bintangor. 

Acara larian dibahagikan kepada empat kategori iaitu Lelaki 18 Terbuka, Lelaki 18 Tahun ke bawah, Perempuan 18 Terbuka dan Perempuan 18 Tahun ke bawah. 

Yuran penyertaan kategori terbuka adalah sebanyak RM30, manakala bagi belia di bawah umur 18 tahun adalah RM10. 

Semua peserta akan mendapat baju t-shirt larian 722 Hari Sarawak 2023 dan kepada setiap peserta yang berjaya menamatkan larian akan memperoleh pingat. 

Untuk setiap kategori, johan bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM300, naib johan (RM200), tempat ketiga (RM100) dan tempat kelima hingga ke-10 (RM50). 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Julai ini dan 19 Julai ini merupakan hari yang ditetapkan untuk peserta mengambil baju penyertaan bertempat di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong.

Mesyuarat pelaksanaan berkenaan program telah dijalankan di Pusat Khidmat DUN Meradong yang dipengerusikan oleh Ding, semalam. 

Oleh EARL ANEK 

Continue Reading

Previous: STATOB platform perluaskan ekonomi Brunei-Sarawak
Next: Nostalgia indah raikan Gawai Dayak di Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.