Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Laporkan kepada KPM jika berlaku pemotongan Bantuan Awal Persekolahan – Fadhlina
  • NASIONAL

Laporkan kepada KPM jika berlaku pemotongan Bantuan Awal Persekolahan – Fadhlina

Utusan Sarawak 1 year ago
MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek (tengah) menunjukkan hasil kaligrafi bersama pelajar pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) peringkat negeri di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua, hari ini. FotoBERNAMA

KAJANG: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta semua pihak, terutama ibu bapa, untuk melaporkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) sekiranya berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh pihak sekolah.

Beliau berkata, hal ini kerana bantuan sebanyak RM150 bagi setiap murid itu perlu disalurkan sepenuhnya kepada ibu bapa tanpa sebarang bentuk pemotongan.

“Tidak boleh dipotong (bantuan ini). BAP mestilah sampai ke tangan ibu bapa dengan jumlah yang diberikan oleh kerajaan (RM150). Mudah-mudahan, dengan BAP ini dapat kita ringankan beban ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua di sini, hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan mengenai perkongsian menerusi laman X yang mendakwa pihak ibu bapa hanya mendapat RM50 daripada keseluruhan RM150 yang diperuntukkan bagi BAP.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dilaporkan berkata tiada sebarang aduan atau laporan diterima melibatkan pemotongan wang BAP oleh pihak sekolah sejak ia diagihkan di seluruh negara bermula 10 Januari lepas.

Menurut Wong, sebanyak RM788.17 juta BAP diperuntukkan kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara yang dijangka selesai diagihkan menjelang 10 Februari ini. 

Pada majlis hari ini, Fadhlina turut menyerahkan cek cura BAP berjumlah RM127,311,600 kepada Pengarah Pendidikan Selangor Dr Jafri Abu untuk disalurkan kepada 848,744 murid di 933 sekolah di negeri itu.

Menurut beliau, Selangor mempunyai bilangan penerima BAP yang tertinggi kerana mempunyai jumlah murid paling ramai di negara ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penyasaran semula subsidi diesel: KPDN bincang dengan Sabah, Sarawak
Next: Cuepacs bantah cadangan benarkan pelajar asing bekerja di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.