Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapangan terbang Brussels batal penerbangan berlepas akibat mogok
  • GLOBAL

Lapangan terbang Brussels batal penerbangan berlepas akibat mogok

Utusan Sarawak 7 months ago

MOSCOW: Lapangan Terbang Brussels membatalkan semua penerbangan berlepas pada Selasa akibat mogok oleh pekerja syarikat keselamatan swasta yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, kata perkhidmatan media lapangan terbang itu dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.

“Bagi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan, syarikat penerbangan setelah berbincang dengan Lapangan Terbang Brussels, memutuskan untuk tidak mengendalikan sebarang penerbangan penumpang berlepas pada 1 Okt. 

Syarikat penerbangan akan menghubungi penumpang yang terjejas. Kami meminta penumpang agar tidak pergi ke lapangan terbang pada 1 Okt,” menurut kenyataan itu.

Kebanyakan penerbangan ketibaan masih akan beroperasi, tetapi lapangan terbang menasihatkan penumpang untuk menyemak status penerbangan mereka terus dengan syarikat penerbangan.

Pada Selasa, demonstrasi oleh pekerja syarikat keselamatan serta pekerja sektor restoran, pelancongan dan pembersihan dari beberapa negara EU, akan diadakan di European Quarter, Brussels, menuntut syarat pekerjaan yang lebih baik.

— BERNAMA-SPUTNIK

Continue Reading

Previous: Sheinbaum angkat sumpah sebagai Presiden wanita pertama Mexico
Next: Semua rakyat Malaysia selamat dipindahkan susulan banjir, tanah runtuh di Nepal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.