Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lapan hari tiada kes positif Covid-19
  • TEMPATAN

Lapan hari tiada kes positif Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Amar Douglas Uggah bercakap pada sidang media semalam.

KUCHING: Sarawak semalam mencatatkan hari kelapan berturut-turut tiada kes kes positif Covid-19 dilaporkan.

Maka itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan kes keseluruhan positif Covid-19 di Sarawak kekal sebanyak 699 kes.

Beliau juga mengumumkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung Kolam Air Panas Panchor dibenarkan beroperasi mulai 9 September 2020.

“Daerah Bintulu telah bertukar status daripada status kuning kepada status hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya dalam sidang media semalam.

Sementara kata Timbalan Ketua Menteri itu, Daerah Kuching masih kekal berstatus kuning dengan satu kes janmgkitan tempatan telah dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning setakat hari ini adalah sebuah daerah dan jumlah daerah berstatus hijau adalah berjumlah 39 buah daerah,” ujarnya.

Menurut Uggah juga lima kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Bintulu tiga dan Hospital Umum Sarawak dua semalam.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif Covid-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini meningkat seramai 674 orang atau 96.42 peratus,” jelasnya.

Manakala Uggah mendedahkan seramai enam orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital iaitu 4 kes sedang di rawat di Hospital Bintulu, seorang kes dirawat Hospital Umum Sarawak dan seorang di Hospital Miri.

“Jumlah kematian kekal 19 atau 2.72 peratus,” katanya lagi sebanyak tiga PUI baru dilaporkan dan satu kes PUI masih menunggu ujian makmal.

Uggah mendedahkan lagi Kluster Covid-19 yang masih aktif iaitu Kluster Alam di Bintulu kekal seramai lapan kes.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Pelepasan air HEP tidak ada kaitan dengan banjir
Next: Tindakan tegas individu ingkar SOP PKPP – Merbin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.