Lapan barang disenarai di bawah SHMMP Deepavali

Facebook
WhatsApp
PEMANGKU Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali menunjukkan tanda harga selepas sidang media mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2023 di Pertubuhan Kebajikan Jaya Sri, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup (KPDN) Fuziah Salleh (dua, kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Mohd Sayuthi Bakar (dua, kanan), Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Datuk Azman Adam (kanan) dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan (kiri). FotoBERNAMA

KAJANG: Lapan barangan termasuk bawang merah besar import dan kacang dal Australia disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023, berkuat kuasa tujuh hari bermula 9 hingga 15 November ini.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata barangan lain ialah bawang merah kecil (India) tidak termasuk ros, cili merah, daging kambing biri-biri bertulang import, kelapa biji (harga maksimum pada peringkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum pada peringkat runcit sahaja) dan tomato.

“SHMMP ini akan berjalan selama tiga hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan… dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam sidang media pengumuman SHMMP Deepavali 2023 di sini, hari ini.

Armizan berkata semakan harga boleh dibuat menerusi laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara (KPDN) di https://www.kpdn.gov.my

“Sebarang kes mengenai harga barangan juga kita minta orang ramai agar melaporkan secara terus kepada mana-mana platform kementerian bagi memastikan aduan itu dapat disiasat dengan segera,” katanya.

Deepavali atau pesta cahaya akan disambut oleh penganut agama Hindu di seluruh negara Ahad ini. – Bernama

PRN NS: 401 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

SEREMBAN: Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8.00 pagi ini, membolehkan