PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sarawak, dengan harapan dan doa.
Beliau mendoakan agar tahun baharu ini membawa rahmat Allah SWT kepada semua, diiringi kesihatan yang baik, ketenangan hidup, keampunan atas dosa-dosa yang lalu, serta kekuatan keimanan.
“Semoga kita semua dirahmati Allah di dalam kehidupan, dianugerahkan kesihatan tubuh badan, diberikan ketenangan hidup, diampunkan segala dosa kesalahan, diperkukuhkan keimanan, dan diganjarkan dengan Syurga Firdaus. Aamiin, Aamiin, Aamiin Ya Rabbal’alamin,” katanya.
Wan Junaidi turut menyeru rakyat Sarawak untuk terus bersatu hati dalam mengharungi cabaran, memupuk perpaduan, dan melangkah ke tahun baharu dengan semangat yang lebih kuat demi kesejahteraan bersama.