Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Lan Zailan  meninggal dunia akibat kanser pankreas
  • HIBURAN

Lan Zailan  meninggal dunia akibat kanser pankreas

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Pelakon Lan Zailan meninggal dunia akibat kanser pankreas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada 4.20 pagi tadi, pada usia 66 tahun.

Berita pemergian Allahyarham, yang nama sebenarnya Zailan Kamarudin, disahkan oleh anak perempuannya Fariza Zailan, ketika dihubungi Bernama.

“Pada awalnya, ayah dimasukkan ke PPUM kerana mengalami masalah batuk sebelum didiagnosis menghidap kanser pankreas tahap empat pada 27 November lepas.

“Kanser itu kemudiannya merebak ke organ lain, antaranya hati dan paru-paru,” katanya.

Menurut Fariza, jenazah akan dimandi dan dikafankan di PPUM sebelum dibawa ke Masjid As-Salam Puchong Perdana untuk disolatkan dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Ruby Sara Omar, dan lima anak.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Hafiz Nafiah berkata industri kreatif negara kehilangan seorang pelakon yang sangat berbakat.

“Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah, dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan di syurga,” katanya dalam kenyataan.

Allahyarham Lan Zailan banyak membintangi drama dan filem sejak 1980 dan telah berlakon dalam lebih 10 filem serta puluhan drama dan telefilem, antaranya Santan Berlada, Rumah Kedai, Kisah Benar, dan Gerak Khas. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Duo 2 Festival bakal ‘gegarkan’ Kabong
Next: Festival Rock In The Jungle 2024 gabungan rock epik, pesona alam semula jadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.