Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Laluan tikus dipantau
  • TEMPATAN

Laluan tikus dipantau

Utusan Sarawak 5 years ago
TINJAUAN kesesuaian tapak yang dicadangkan untuk membina Pos Kawalan Sempadan atau CIQ secara kekal di kawasan Lachau semalam.

SIMANGGANG: Laluan tikus yang terdapat di sempadan Sarawak- Kalimantan dipantau serta keperluan mewujudkan pos kawalan sempadan tetap di kawasan Gua dan Lachau, kini dalam perancangan.

Bagi tujuan itu Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Elvis Didit bersama agensi lain telah membuat tinjauan kesesuaian tapak yang dicadangkan untuk membina Pos Kawalan Sempadan atau CIQ secara kekal di kawasan Lachau semalam.

Dalam sesi tinjauan itu pihak terlibat turut memantau keadaan pasukan PGA yang bertugas di Pos Kawalan Sungai Keli yang mengawal sempadan dan juga meneliti keperluan serta permasalah yang dihadapi oleh pihak PGA supaya dapat diutarakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sri Aman.

Hasil tinjauan tersebut didapati tiada sebarang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di laluan jalan tikus kawasan Lachau Jinggau yang dikawal rapi Anggota PGA di kawasan tersebut.

Masalah air yang dihadapi oleh pihak PGA di pos kawalan Lachau Jinggau juga diatasi dengan meminta pihak JBALB menghantar tong air untuk keperluan petugas yang bermalam di Pos kawalan tersebut.

Dalam masa yang sama lawatan juga turut diadakan ke tapak CIQ di Lachau dan juga laluan jalan tikus di Gua Dunggat.

Secara keseluruhan kemasukan PATI ke kawasan terdekat masih dapat dikawal oleh pihak penguatkuasa.

Turut bersama dalam tinjauan itu ialah wakil Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Sri Aman, Hamizan Yahya, Ketua Polis Balai, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, ASP Kerry Dunstan Muda, Ketua Cawangan Khas IPD Sri Aman, ASP Joseph Sapang dan Wakil Pegawai Memerintah, Kem Temudok, Pasukan Gerakan Am (PGA) Sri Aman Inspektor Basri Dahlan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Muzium di bawah JMS dibuka
Next: Tiga rumah panjang terima MRP RM9,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.