Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laluan Pan Borneo berhampiran MDS Mall Bekenu ditutup sementara 12 Jun ini
  • Utara
  • WILAYAH

Laluan Pan Borneo berhampiran MDS Mall Bekenu ditutup sementara 12 Jun ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
HATI-HATI… Penutupan penuh sementara melibatkan kedua-dua arah laluan akan dilaksanakan pada 12 Jun ini di kawasan KM893.95 hingga KM894.65 Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

BEKENU: Pengguna jalan raya yang menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak berhampiran MDS Mall Bekenu dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal berikutan penutupan sementara jalan bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan struktur jambatan pejalan kaki dilaksanakan.

Menurut notis yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, penutupan penuh sementara melibatkan kedua-dua arah laluan akan dilaksanakan pada 12 Jun ini di kawasan KM893.95 hingga KM894.65 Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

Penutupan tersebut adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan pejalan kaki yang merupakan sebahagian daripada pakej kerja WPC11 Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta agar sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan, mematuhi arahan petugas trafik serta papan tanda keselamatan yang disediakan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mengambil kira kemungkinan berlaku kelewatan atau kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh kerja dijalankan.

Kerjasama semua pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan dengan selamat dan lancar demi manfaat bersama pada masa hadapan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Kerja baik pulih paip utama jejas trafik di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu
Next: Orang ramai dijemput sertai program derma darah pada 14 Jun 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.