Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • LAKMNS lancar stesen radio IRIS
  • TEMPATAN

LAKMNS lancar stesen radio IRIS

Utusan Sarawak 5 years ago
RADIO DIGITAL IRIS… Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai menunjukkan aplikasi mobil Radio Digital RIS.

KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) melancarkan aplikasi mobil untuk stesen radio IRIS yang telah bersiaran selama tiga bulan sejak Julai lalu di laman sesawang LAKMNS.

Majlis Perasmian Aplikasi Radio IRIS yang berlangsung kelmarin di tingkat 8, Baitul Makmur I, dirasmikan oleh Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor selaku Setiausaha Kehormat LAKMNS.

Ketua Eksekutif LKMNS, Datuk Abang Wahap Abang Julai, dalam ucapannya berkata, LAKMNS komited untuk menyediakan platform penyampaikan maklumat dengan berkesan berikutan dunia sudah melangkah ke era digital.

“Pelbagai segmen yang menarik telah disiarkan di stesen Radio IRIS seperti bual bicara dengan agensi Islam, tazkirah, berita semasa, motivasi, akhlak, bacaan al-Quran, zikir dan segmen srikandi yang mengupas isu berkaitan wanita.

“Terdapat juga segmen yang sesuai untuk masyarakat bukan Islam seperti segmen kesihatan, motivasi dan kupasan isu semasa,” jelasnya.

IRIS turut menjemput NGO Islam untuk berkongsi tentang program masing-masing mengupas isu kemasyarakatan.

Untuk masa akan datang, IRIS merancang untuk meluaskan lagi skop perbincangan terutama dalam isu jenayah, isu rumahtangga, isu pendidikan, ekonomi dan isu yang berdekatan dengan rakyat termasuk untuk bukan Islam.   

Beliau juga berharap agar IRIS dapat meluaskan lagi jaringan pendengar tanpa mengira umur, latar belakang dan agama serta bercita cita untuk ke peringkat global.

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari aplikasi PLAYSTORE (untuk peranti Android) dan juga App Store (bagi peranti IOS).

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Mohammad Faizal Said.

Oleh Asyraf Halim

Continue Reading

Previous: 15 operasi, 41 kompaun dikeluarkan
Next: Wanita PBB sokong keputusan Agong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.