Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • LAKMNS komited lahirkan generasi celik al-Quran
  • TEMPATAN

LAKMNS komited lahirkan generasi celik al-Quran

Utusan Sarawak 7 months ago
PENYAMPAIAN… Datuk Dayang Morliah Awang Daud menyampaikan penyampaian sumbangan amal daripada SABATI kepada TATTARY berjumlah RM5,000.

KUCHING: Pendidikan al-Quran perlu diterapkan kepada anak-anak sejak kecil untuk memantapkan lagi pendidikan dunia dan akhirat sekali gus mampu membentuk jati diri yang kukuh.

Setiausaha Kehormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Tan Sri Datuk Amar Dr. Abdul Aziz Husain berkata, anak-anak merupakan modal insan yang sangat berharga kepada pembangunan negara.

Jelasnya, pendidikan a1-Quran merupakan pilihan utama yang mendorong ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke institusi pendidikan tahfiz al-Quran yang menerapkan pembelajaran tahfiz al-Quran.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan 15 Tahun Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (TATTARY) di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini pagi ini.

Beliau berkata, perkembangan pendidikan tahfiz al-Quran di Malaysia kini semakin memberangsangkan termasuk di Sarawak.

“Banyak institusi tahfiz telah ditubuhkan bukan hanya pada peringkat sekolah atau pengajian tinggi sahaja malah pendidikan tahfiz al-Quran kini turut terapkan pada peringkat tadika,” katanya.

Beliau mengulas lanjut, TATTARY juga merupakan barisan pelopor dalam pendidikan tahfiz al-Quran pada peringkat tadika di Malaysia.

Ujarnya, TATTARY juga merupakan tadika pertama menawarkan Dwikurilum iaitu kurikulum Tahfiz dan Akademik.

Tambahnya, objektif utama penubuhan TATTARY untuk melahirkan lebih ramai generasi celik al-Quran di Sarawak.

Tan Sri Aziz memberitahu, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah diberikan amanah oleh Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak untuk menubuhkan TATTARY pada 2010.

Sehubungan itu, beliau berkata LAKMNS berperanan dalam menyediakan segala infrastruktur dan fasiliti termasuklah dana untuk menguruskan TATTARY secara keseluruhan.

“TATTRY bukanlah sebuah tadika yang beroperasi berasaskan keuntungan. Setiap tahun LAKMNS komited memperuntukkan sejumlah besar subsidi untuk memastikan mutu perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan di TATTARY adalah pada tahap yang optimum,” katanya.

Pada majlis tersebut, Timbalan Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Datuk Dayang Morliah Awang Daud melancarkan buku ‘TATTARY 15 Tahun Melakar Kenangan, Mengukir Masa Depan’ terbitan LAKMNS, disusuli penyampaian sumbangan amal daripada SABATI kepada TATTARY berjumlah RM5,000.
Oleh Noor Ikmal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Petros pasang paip gas di Miri, untuk 135 lagi isi rumah
Next: Lubang benam berdekatan CityOne Megamall mungkin berpunca paip bocor 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.