Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lagu Hening Rindu bawa tuah, Effa Ismail johan karaoke terbuka PKD Mobile
  • Selatan
  • WILAYAH

Lagu Hening Rindu bawa tuah, Effa Ismail johan karaoke terbuka PKD Mobile

Utusan Sarawak 3 weeks ago
NORAINA Masduki menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan karaoke terbuka PKD Mobile hari ini. Foto: Adi Safarman

KOTA SAMARAHAN: Lagu Hening Rindu yang dipopularkan oleh Marsha Milan membawa tuah kepada Nur Athifah Musyirah Ismail apabila dinobatkan sebagai johan Pertandingan Karaoke Terbuka sempena Program Pusat Komuniti Desa (PKD) yang berlangsung di Pentas Utama, pekarangan parkir lot Pasaraya Aiman, hari ini.

Dengan kemenangan itu, Nur Athifah yang lebih dikenali sebagai Effa Ismail berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500 berserta piala.

Tempat naib johan pula dimenangi oleh Mohd Farzuwan Mahathir yang mempersembahkan lagu Mimpi Yang Tak Sudah, nyanyian asal Ibnor Riza, dan membawa pulang hadiah wang tunai RM400 serta piala.

Tempat ketiga disandang oleh Mohd Asbullah Arsyad menerusi persembahan lagu Ghazal Asmara, yang dipopularkan oleh Datuk Jamal Abdillah. Beliau menerima hadiah wang tunai RM200 beserta piala.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Noraina Masduki@Abdul Hanan.

Seramai 13 peserta dari sekitar Kota Samarahan dan Kuching telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Sementara itu, pentas hiburan PKD Mobile malam ini akan dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan, Amir Masdi, serta turut diserikan oleh artis tempatan Hijrah Yahya dan Kombo RISDA. Acara dijadual bermula 8.00 malam.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Latihan OHTA diadakan di Limbang, perkukuh langkah keselamatan jemaah haji
Next: Lebih 80 sukarelawan sertai gotong-royong bersihkan pusat POCS Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.