Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kurang 12 jam selepas laporan, polis berkas dua lelaki
  • JENAYAH

Kurang 12 jam selepas laporan, polis berkas dua lelaki

Utusan Sarawak 11 months ago

MIRI: Polis menahan dua lelaki kurang 12 jam selepas mangsa membuat laporan berhubung kecurian sebuah motosikal di kawasan Permaisuri Mall, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan menyatakan sebuah motosikal miliknya jenis Honda RXS telah hilang di kawasan Permaisuri Mall di sini, 1.40 pagi, 23 Jun lalu.

Katanya, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Bahagian Siastaan Jenayah IPD Miri telah menangkap seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara Indonesia, 11.05 pagi, hari sama.

“Susulan tangkapan itu, polis menjumpai semula sebuah motosikal yang dilaporkan hilang itu.

“Kedua-dua suspek telah direman selama tiga hari sehingga 27 Jun ini untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Sabung ayam: 3 warga emas antara 7 orang ditahan
Next: Penganggur didakwa bunuh ibu kandung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.