Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kunjungan Aidilfitri ke kediaman KMKK Melayu Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Kunjungan Aidilfitri ke kediaman KMKK Melayu Bintangor

Utusan Sarawak 1 month ago
ERAT PERPADUAN… Gung Chiu Kion selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bersama rombongan merakamkan kenangan di rumah KMKK Melayu.

BINTANGOR: Gung Chiu Kion mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Sarikei serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii, dalam program kunjungan sempena Aidilfitri ke kediaman ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) Melayu di Bintangor, hari ini.

Ia bertujuan menyemarakkan suasana perayaan di samping memperkukuhkan hubungan antara kepimpinan dan masyarakat setempat, sejajar dengan tradisi kemesraan yang sentiasa dipelihara dalam kalangan rakyat Sarawak.

Kehadiran Chiu Kion bersama rombongan ke rumah pemimpin komuniti ini disambut dengan penuh mesra, menggambarkan ikatan erat yang terjalin antara masyarakat pelbagai latar belakang di kawasan tersebut.

Amalan kunjung-mengunjung, terutama semasa musim perayaan menjadi tradisi penting di Sarawak dalam memupuk nilai persaudaraan, hormat-menghormati dan keharmonian antara kaum.

Tiong Sii berkata, tradisi ini merupakan kekuatan utama rakyat Sarawak yang sentiasa mengutamakan semangat perpaduan, walaupun berbeza kaum, agama dan latar belakang.

“Budaya kunjung-mengunjung ini adalah warisan yang harus kita pelihara. Ia memperlihatkan betapa rakyat Sarawak bersatu hati dalam meraikan kepelbagaian dan membina masa depan yang lebih harmoni,” katanya ketika dihubungi media.

Kunjungan seumpama ini juga menjadi platform penting untuk mendengar secara langsung aspirasi dan keperluan rakyat, sekali gus memastikan pembangunan kawasan Parlimen Sarikei terus bergerak seiring dengan kehendak serta harapan masyarakat setempat.

Antara rumah yang dikunjungi termasuklah kediaman Penghulu Abang Hashim Abang Solhi, Pemanca Rapen Angga, Ketua Kampung Rizal Abdullah, Ketua Kampung Maliki Bojeng, Ketua Kampung Rabaie Mat, Ketua Kampung Abdul Rahman Wasli, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Meradong Kaunselor Samsawi Mohamad serta Ketua Pemuda PBB Meradong Khairulddin Qalam Daud.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga anak Sarawak harumkan negara
Next: Prihatin keluhan, aduan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.