




MIRI: Kuih-muih tradisional sememangnya telah lama menjadi tradisi hidangan semasa Ramadan.
Pastinya, setiap kali menjelang Ramadan, orang ramai berpusu-pusu mengunjungi Bazar Ramadan terutama bagi mereka yang ‘mengidam’ kuih-muih tertentu, terutama kuih tradisional.
Antaranya, kuih bongkol, tepung pelita, putu piring, celorot, talam berlauk, basong pulut, putu ayu dan pulut inti berbalut daun pisang.
Hasil tinjauan Utusan Sarawak di Bazar Ramadan Stadium Miri mendapati bahawa sambutan terhadap kuih tradisional ini amat menggalakkan.
OLEH LIONG CHAI LING