Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kuching Natural Farmers’ Market tarik minat pencinta gaya hidup sihat
  • TEMPATAN

Kuching Natural Farmers’ Market tarik minat pencinta gaya hidup sihat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SEGAR… Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng bergambar bersama Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo di Kuching Natural Farmers’ Market (KNFM), hari ini. Turut bersama ialah Kaunselor MBKS, Kaunselor Albert Tay dan Kaunselor Eric Tay bersama pengunjung yang lain.

KUCHING: Kuching Natural Farmers’ Market (KNFM) yang diadakan dua kali sebulan di tapak letak kereta berbumbung Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) berjaya menarik ramai pengunjung yang berminat dengan produk semula jadi dan sihat.

KUIH-miuh dan buah-buahan turut dijual di Kuching Natural Farmers’ Market (KNFM).

Kejayaan pasar tersebut bukan hanya kerana produk yang ditawarkan, tetapi juga dedikasi petani dan pekebun tempatan yang berusaha keras untuk menyediakan makanan yang lebih sihat dan berkualiti untuk komuniti.

ANTARA produk dihasilkan dan dijual di Kuching Natural Farmers’ Market.

Di sebalik pasar yang meriah itu, terdapat ramai petani tempatan yang membawa hasil seperti madu asli, sayur-sayuran organik, dan pelbagai produk buatan tangan yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kelestarian.

SUSU kambing segar juga boleh didapati di Kuching Natural Farmers’ Market.

Mereka bukan sahaja menjual hasil tani, tetapi turut berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam pertanian organik dengan pengunjung.

Kuching Natural Farmers’ Market terus berkembang sebagai satu platform yang bukan sahaja memenuhi keperluan harian tetapi juga mendidik masyarakat tentang pentingnya memilih produk yang lebih sihat dan lestari.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: KPWKM anjur sesi sumbang saran bendung salah guna AI
Next: Reka bentuk projek pelabuhan Tanjung Embang di fasa akhir – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.