Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kuching Green Run 2024 tarik penyertaan 1,000 peserta
  • TEMPATAN

Kuching Green Run 2024 tarik penyertaan 1,000 peserta

Utusan Sarawak 8 months ago
PELEPASAN… Datuk Sebastian Ting menyempurnakan upacara pelepasan peserta larian Kuching Green Run 2024.

KUCHING: Program larian Kuching Green Run 2024 yang diadakan di pekarangan Isthmus di sini mendapat sambutan memberansangkan apabila seramai lebih 1,000 orang menyertai larian itu.

Acara itu merupakan program anjuran bersama Green Generation, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC), OCI Holdings, dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memupuk kerjasama dan menyerlahkan matlamat setiap organisasi dalam mewujudkan impak sosial yang bermakna.

KENANGAN MANIS… Peserta larian berpeluang merakamkan gambar bersama Lee Yong Dae.

Larian yang meliputi laluan lima kilometer di sekitar Isthmus Kuching dan kemuncaknya di garisan penamat Bangunan SEDC, dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting.

“Acara hari ini mempamerkan kekuatan perpaduan ketika kami berkumpul untuk menggalakkan gaya hidup lebih sihat dan memupuk semangat komuniti.

“Menggabungkan kekuatan kami, kami boleh membuka jalan untuk masa depan yang lebih mampan untuk semua rakyat Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas upacara pelepasan peserta larian itu, di sini, hari ini.

Acara larian itu turut diserikan dengan kehadiran penasihat Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak dan juga pemain badminton lelaki dari Korea Selatan, Lee Yong Dae.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tingkatkan kesedaran pencegahan sisa makanan
Next: Pantai Belawai berpotensi besar gamit pelancong, akan terus dibangun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.