Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kuaters lama PPD musnah terbakar
  • KEMALANGAN

Kuaters lama PPD musnah terbakar

Utusan Sarawak 2 years ago
Pihak bomba dari BBP Simunjan berusaha memadam kebakaran melibatkan kuaters lama PPD Simunjan berdekatan SK Abang Man di Kampung Kelaka, Simunjan, malam tadi.

SIMUNJAN: Satu blok kuaters lama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Simunjan di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kebakaran itu membabitkan satu blok kuaters empat pintu yang tidak dihuni lagi berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Abg Man Kelaka.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.41 malam tadi.

Katanya, sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan diketuai Komdander Operasi PBK II KUP Samsuhdin Sofee dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setiba di lokasi, komander operasi mengarahkan anggota pemadam untuk memadam kebakaran.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebarakan itu.

Selain bomba, agensi-agensi lain terlibat ialah empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sesco (2), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM – 4) dan PPD (2).

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki lemas ketika menjala ditemui  
Next: Rumah terbakar, dua penghuni sempat selamatkan diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.