Kualiti udara Sarawak tunjuk tanda beransur pulih, bacaan IPU terus menurun

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU Sarawak setakat 12.00 tengah hari, Ahad 6 September 2026, sumber NREB.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Sarawak menunjukkan penurunan setakat 12.00 tengah hari ini, memberi petunjuk keadaan kualiti udara mula beransur pulih.

Tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan tertinggi dicatatkan di Lubok Antu dengan 232, diikuti Sri Aman dan Lundu masing-masing 219, manakala Kanowit mencatat 211 dan Kuching 209.

Sebanyak 15 stesen merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, termasuk Samarahan (191), IPD Serian (185), Sarikei (187), Sibu (179), Mukah (190), Bintulu (196), Samalaju (199), Miri (175), ILP Miri (181), Limbang (160), Tebedu (161), Lawas (125) dan Betong (195).

Sementara itu, Kapit (96) dan Bario (80) merekodkan bacaan pada tahap sederhana.

Secara keseluruhan, keadaan kualiti udara di kebanyakan kawasan Sarawak bertambah baik dengan bacaan IPU menurun dari masa ke semasa.

Oleh Masrin Affirah