KUCHING: Kualiti udara di Sarawak terus berada pada tahap tidak sihat apabila majoriti stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dan sangat tidak sihat setakat 4.00 petang hari ini.
Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), empat kawasan merekodkan bacaan sangat tidak sihat iaitu Kuching (255), Serian (252), Samarahan (229) dan Sri Aman (229).
Turut berada pada tahap sangat tidak sihat ialah Tebedu dengan bacaan 216 dan Lubok Antu (206).
Sementara itu, 10 kawasan lain mencatat bacaan tidak sihat, masing-masing Sarikei (186), Kanowit (185), Mukah (184), Samalaju (179), ILP Miri (173), Bintulu (168), Sibu (166), Miri (164) dan Betong (185).
Lundu pula merekodkan bacaan 304 yang dikategorikan sebagai berbahaya.
Hanya empat kawasan berada pada tahap sederhana iaitu Kapit dengan bacaan 95, Lawas (97), Limbang (79) dan Bario (57).





