Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kru kapal korban Sang Bedal
  • GLOBAL

Kru kapal korban Sang Bedal

Utusan Sarawak 2 months ago

JAKARTA: Seorang kelasi berusia 51 tahun maut akibat diserang buaya ketika berenang di Teluk Palu, Sulawesi Tengah, pada pagi tadi, menurut pihak berkuasa.

Menurut saksi, mangsa sedang berenang berhampiran Pantai Talise di kawasan Kampung Nelayan apabila tiba-tiba diseret buaya ke bawah air pada kira-kira 7.15 pagi waktu tempatan.

Pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), polis tempatan, dan penduduk segera dikerahkan ke lokasi kejadian, tiba sekitar 45 minit kemudian.

Ketua Pejabat Pencarian dan Penyelamatan Palu, Muhammad Rizal, berkata pasukan itu menggunakan dron termal pada 8.20 pagi untuk mengesan pergerakan mangsa dan buaya berkenaan.

“Kami mengesan mangsa 10 minit kemudian yang masih dalam cengkaman buaya, dan membuat keputusan untuk menembak buaya itu bagi membebaskannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, ketika pasukan penyelamat menemukan mangsa pada 10.20 pagi, kira-kira 40 meter dari pantai, dia telah pun meninggal dunia. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Polis Bhayangkara untuk pemeriksaan lanjut.

Serangan buaya di kawasan itu dilaporkan semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan dan pihak berkuasa mengenai keselamatan perenang serta nelayan di Teluk Palu.

Serangan terbaru itu mengukuhkan lagi ancaman buaya di kawasan itu, yang dipercayai mendiami perairan teluk berkenaan.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa sedang menilai situasi dan mempertimbangkan langkah tambahan bagi mencegah serangan lanjut di rantau berkenaan, tambah Muhammad.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pemilik TikTok individu terkaya di China
Next: 6 terbunuh, 9 cedera kapal selam pelancong tenggelam di Laut Merah Mesir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.