Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kredit bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank – Fadhlina
  • NASIONAL

Kredit bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank – Fadhlina

Utusan Sarawak 4 months ago

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata agihan BAP sebanyak RM150 secara one-off (sekali beri) itu akan dikreditkan ke akaun ibu bapa atau penjaga serta murid. 

“Kalau sebelum ini hanya satu atau dua bank sahaja, saya fikir perluasan tahun ini adalah bukti bahawa kerajaan amat prihatin dalam memastikan semua murid dapat manfaat yang sama, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Cura BAP tahun 2025 di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Ir Ts Zahir Hassan.

Fadhlina turut mengingatkan pihak sekolah yang menguruskan BAP secara tunai  untuk sentiasa mematuhi  Arahan Perbendaharaan supaya semua proses agihan berjalan lancar. 

“Bagi jumlah yang lebih RM10,000, pihak sekolah perlu mematuhi Arahan Perbendaharaan seperti soal pengawal dan perlu diiringi pihak polis di bank,” katanya. 

Setakat 10 Jan, KPM selesai menyalurkan BAP sebanyak RM723,165,300 untuk 4,821,102 murid Tahun Satu hingga pelajar Tingkatan Empat sesi persekolahan 2024/2025. 

Dalam pada itu, beliau berkata agihan BAP akan diberikan kepada murid Tahun Satu sesi persekolahan 2025/2026 dan pelajar Tingkatan Enam sedia ada pada sesi persekolahan 2024/2025 bermula 16 Feb.  

Beliau berkata bagi murid baharu Tingkatan Enam sesi persekolahan 2025/2026 akan menerima agihan BAP bermula 1 Julai. 

— BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Bantuan awal persekolahan RM150 setiap murid diagih mulai hari ini
Next: Reman 4 individu termasuk pegawai tinggi syarikat penyiaran disambung – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.