Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPM selesaikan 258 projek sekolah daif di Sarawak
  • SEMASA

KPM selesaikan 258 projek sekolah daif di Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
PERLU PERHATIAN... Isu sekolah daif di Sarawak yang diatasi segera oleh pihak KPM.

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,175 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif diluluskan dengan kos keseluruhan lebih RM12.47 bilion, sejak 2016 hingga kini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, 739 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya merangkumi 258 projek di Sarawak, 229 (Sabah) dan 252 (Semenanjung).

Sebanyak 203 projek dalam pembinaan manakala 233 projek lagi pada peringkat prabina. 

Pada tahun ini, kerajaan telah meluluskan pembinaan 122 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif baharu di seluruh negara, kelulusan tertinggi dalam tempoh lima tahun terakhir.

“KPM sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan terbaik dapat disediakan demi manfaat murid dan seluruh masyarakat,” menurut kenyataan berkenaan.

KPM memaklumkan sentiasa proaktif memastikan isu sekolah daif ditangani segera menerusi pelaksanaan inisiatif projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Insentif Rebat RAHMAH: Tambahan kuota data minimum 5GB pada Aidilfitri pertama
Next: Bantuan SARA beri sinar harapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.