Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPKT sediakan garis panduan penginapan atasi isu tempat tinggal pekerja asing, tempatan
  • NASIONAL

KPKT sediakan garis panduan penginapan atasi isu tempat tinggal pekerja asing, tempatan

Utusan Sarawak 2 years ago
GARIS panduan itu disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan, pihak pemaju, majikan, pengilang dan pengusaha penginapan, dalam menyediakan penginapan pekerja.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membangunkan garis panduan penginapan, bagi memastikan kebajikan pekerja dipelihara dan mematuhi perundangan.

KPKT dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kementerian itu telah menyediakan Prosedur Permohonan Bagi Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (TLQ) untuk tempoh sementara iaitu 2024-2026 dan Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) bagi pelaksanaan jangka masa panjang.

Kenyataan itu memaklumkan garis panduan itu, disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan, pihak pemaju, majikan, pengilang dan pengusaha penginapan, dalam menyediakan penginapan pekerja.

“Perkara itu meliputi pekerja asing dan pekerja tempatan selaras dengan keperluan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446], serta akta-akta lain yang berkaitan,” menurut kenyataan KPKT itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: PLKN 3.0 hanya untuk remaja lahir pada 2007 – Kementerian Pertahanan
Next: Kes denggi meningkat, tiada kematian direkodkan pada ME43

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.