Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPDNKK tidak berkompromi isu kenaikan harga
  • TEMPATAN

KPDNKK tidak berkompromi isu kenaikan harga

Utusan Sarawak 4 years ago
PERIKSA… Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Miri, Joe Azmi Jamil semasa menjalankan pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 di pasar raya Boulevard Hypermarket di Miri, semalam.

MIRI : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Miri tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang didapati menaikkan harga barangan harga terkawal sesuka hati semasa musim perayaan Hari Raya Puasa tahun ini.

Ketua Cawangannya Joe Azmi Jamil berkata, sekiranya terdapat peniaga atau pemilik premis perniagaan berdegil pihaknya tidak teragak-agak  mengenakan tindakan tegas terhadap mereka.

Katanya, denda sehingga RM100,000  atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bakal dikenakan kepada peniaga individu yang gagal mematuhi seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Bagi syarikat pula denda hingga RM500,000 atau kompaun RM250,000sekiranya melakukan kesalahan yang sama.

“Para peniaga yang ada menjual barangan kawalan musim perayaan dinasihati supaya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, sekiranya gagal maka tindakan undang-undang akan diambil,”katanya.

Beliau berkata demikian  selepas menjalankan pemeriksaan bekalan dan harga sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 di pasar raya Boulevard Hypermarket di sini,semalam.

Mengenai pemeriksaan tersebut, Joe  berkata, pihaknya mendapati kesemua barangan kawalan yang dijual mengikut harga  yang telah ditetapkan.

“Bekalan barangan juga mencukupi untuk perayaan Hari Raya Puasa,” ujarnya.

Tambah beliau, untuk SHMMP Hari Raya Puasa 2021 yang telah berkuat kuasa pada 21 April hingga 20 Mei akan datang depan, sebanyak sembilan jenis barang telah disenaraikan oleh kerajaan sebagai barangan harga terkawal.

Ia terdiri daripada ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu import, telur ayam gred A, B dan C, ikan kembung termasuk ikan mabung dan ikan selayang.

Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga di bawah SHMMP ini.

“Sekiranya terdapat barangan kawalan SHMMP Hari Raya Puasa yang dijual melebihi harga maksimum yang ditetapkan, orang ramai juga boleh melaporkan ke Pejabat KPDNHEP Cawangan Miri ditalian 085-412862 atau menerusi website eAduan.kpdnhep.gov.my,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: GPS jauhkan diri – Karim
Next: Pematuhan SOP ‘senjata’ terkuat hadapi Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.