Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPDNHEP Sarikei periksa 434 premis
  • TEMPATAN

KPDNHEP Sarikei periksa 434 premis

Utusan Sarawak 5 years ago
PERIKSA… Pemeriksaan SHMPP Hari Raya dan Hari Gawai di premis perniagaan di Julau, pagi semalam.

EARL ANEK

SARIKEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarikei telah membuat pemeriksaan ke atas 434 premis sepanjang tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya dan Hari Gawai 2020 yang berkuatkuasa dari 20 Mei hingga 3 Jun 2020 (semalam).

Ketua KPDNHEP Sarikei, Mohamad Zawawi berkata, tiada notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 berkaitan kenaikan harga barang dikeluarkan semasa SHMMP Raya Gawai 2020.

“KPDNHEP Sarikei juga mengucapkan terima kasih kepada para peniaga kerana mematuhi SHMMP Raya Gawai 2020 kali ini.

“Tiada aduan berkaitan dengan kenaikan harga direkodkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, petang semalam.

Dalam pada itu, katanya, bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, KPDNHEP Sarikei telah mencatatkan sebanyak empat kes iaitu dua kes Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana gagal meletakkan tanda harga dan dua kes Akta Timbang dan Sukat 1972 iaitu alat timbang dan sukat yang digunakan tidak ditentusahkan semula bagi tujuan perdagangan.

“Sekiranya didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang di bawah KPDNHEP, aduan boleh disalurkan kepada Kementerian melalui talian hotline kementerian di 1-800-886-800 atau Portal e-aduan kpdnhep di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau di talian Whatsapp 019-2794317 atau hadir sendiri di mana-mana pejabat Kementerian yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, bilik gerakan Enforcement Command Centre (ECC), KPDNHEP Sarikei dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan boleh dihubungi untuk menyalurkan apa-apa aduan di talian 084-657751,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Seminggu tiada kes positif Covid-19
Next: Pagar konkrit Dewan Tabuan Lot hampir siap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.