Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPDNHEP patah cubaan seludup minyak masak
  • NASIONAL

KPDNHEP patah cubaan seludup minyak masak

Utusan Sarawak 5 years ago

TANAH MERAH, 15 April -- Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tanah Merah Ahmad Azizi Abdul Kadir (kanan) bersama anggota menunjukkan sebahagian rampasan minyak masak pada Sidang Media berhubung Operasi Bersepadu bersama Angkatan Tentera Malaysia danAgensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di Pejabat KPDNHEP Cawangan Tanah Merah hatri ini. Turut hadir Komander Kawasan AKSEM Bukit Bunga Sarjan Adnan Othman (tengah). Sebanyak 2,210 kilogram minyak masak dan 90 liter petrol yang keseluruhannya bernilai RM5,637 dirampas ketika serbuan di sebuah rumah di Kampung Renab, Air Lanas, Jeli, petang semalam. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TANAH MERAH: Walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki fasa ketiga, namun masih terdapat pihak yang melakukan aktiviti penyeludupan bekalan barangan kawalan ke negara jiran melalui sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tanah Merah Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, terbaru pihaknya berjaya merampas 2,210 kilogram minyak masak dan 90 liter petrol yang keseluruhannya bernilai RM5,637 di sebuah rumah di Kampung Renab, Air Lanas, Jeli, Selasa lepas.

“Rumah terbabit dipercayai dijadikan tempat penyimpanan sementara sebelum bekalan barang kawalan terbabit di seludup ke negara jiran melalui sungai Golok yang terletak 250 meter dari rumah itu.

“Namun dalam serbuan yang dilakukan dengan kerjasama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) pada jam 4 petang itu, suspek berusia 30-an berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak kami,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP Tanah Merah di sini semalam.

Ahmad Azizi berkata, hasil siasatan minyak masak itu dipercayai diperoleh dari Lembah Klang untuk diseludup ke Thailand berikutan harga bekalan itu dijual pada harga yang tinggi di negara terbabit berbanding di pasaran Malaysia.

Sehubungan itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: PKP tuntut komitmen rakyat lebih jitu
Next: Kes Covid-19 menurun kepada dua angka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.