Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • KPDN Sri Aman sita 8,000 liter diesel bersubsidi, siasat sindiket penyelewengan
  • JENAYAH

KPDN Sri Aman sita 8,000 liter diesel bersubsidi, siasat sindiket penyelewengan

Utusan Sarawak 3 hours ago
KPDN Cawangan Sri Aman menyita kira-kira 8,000 liter minyak diesel bersubsidi yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyelewengan selepas menerima satu kes serahan daripada PGA Batalion 23 Sri Aman. Foto: KPDN Cawangan Sri Aman

SIMANGGANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sri Aman menerima satu kes serahan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 23 Sri Aman membabitkan aktiviti disyaki menyeleweng barang kawalan bersubsidi, iaitu minyak diesel, dekat sini hari ini.

Menurut kenyataan media KPDN Cawangan Sri Aman, kes tersebut kini dalam tindakan pihak kementerian bagi tujuan siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Dalam operasi itu, KPDN menyita sebuah skid tank yang mengandungi anggaran 8,000 liter minyak diesel bersubsidi.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM20,320 dan semua barang kes telah diambil untuk tindakan lanjut.

Susulan rampasan tersebut, KPDN Cawangan Sri Aman telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah akan melakukan suatu kesalahan.

Bagi kesalahan itu, syarikat atau pertubuhan perbadanan yang disabitkan boleh dikenakan denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya.

Individu pula berdepan denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan kedua boleh didenda sehingga RM3 juta atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

KPDN berkata siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terbabit dalam kegiatan tersebut termasuk mengesan sumber bekalan diesel serta rangkaian pengedarannya.

Menurut kenyataan itu, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi melindungi kepentingan rakyat serta mengelakkan ketirisan subsidi kerajaan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta menjadi mata dan telinga KPDN dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi supaya kegiatan haram itu dapat dibanteras hingga ke akar umbi.

Aduan boleh disalurkan melalui Portal eAduan KPDN, talian KPDN Sri Aman di 083-323836 atau WhatsApp Aduan Pengguna di 019-848 8000.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 100 warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu Imigresen di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.