Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPDN periksa 6,007 premis perniagaan sepanjang pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina
  • SEMASA

KPDN periksa 6,007 premis perniagaan sepanjang pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 3 months ago

PUTRAJAYA: Sebanyak 6,007 pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis perniagaan di seluruh negara sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2025 dari 25 Januari hingga 2 Februari lepas.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam berkata, pemeriksaan itu merangkumi 108 premis borong dan 5,899 premis runcit.

“Sepanjang tempoh kuat kuasa skim, 483 tindakan kes telah diambil terhadap peniaga yang ingkar, melibatkan sitaan bernilai RM21,942.85 iaitu kesalahan gagal meletakkan tanda harga dan gagal menggunakan tanda harga merah jambu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata tiada sebarang kes membabitkan kesalahan menjual melebihi harga maksimum dikesan dan KPDN juga tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan skim berkenaan.

“Majoriti peniaga yang diperiksa komited dan mematuhi perundangan harga maksimum yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim itu,” katanya.

SHMMP itu dilaksanakan selama sembilan hari iaitu empat hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan empat hari selepas perayaan, dengan 16 jenis barangan dikawal di bawah skim berkenaan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Monsun Timur Laut dijangka hingga Mac
Next: Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.