Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • KPDN Miri rampas 300 liter diesel, nilai keseluruhan cecah RM101,305
  • JENAYAH

KPDN Miri rampas 300 liter diesel, nilai keseluruhan cecah RM101,305

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERIKSA… Pegawai KPDN Miri ketika melakukan pemeriksaan awal mendapati kenderaan terbabit telah diubah suai dengan pemasangan tangki kanvas yang dipercayai digunakan untuk mengisi dan menyimpan bahan api secara tidak sah.

MIRI: Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Miri berjaya membongkar kegiatan penyelewengan barang kawalan selepas menyerbu sebuah kenderaan persendirian yang mencurigakan dalam satu operasi semalam.

Menurut kenyataan KPDN Miri hari ini, dalam serbuan tersebut, pemeriksaan awal mendapati kenderaan terbabit telah diubah suai dengan pemasangan tangki kanvas yang dipercayai digunakan untuk mengisi dan menyimpan bahan api secara tidak sah.

Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 300 liter minyak diesel disimpan dalam tangki berkenaan.

Nilai rampasan diesel dianggarkan berjumlah RM645.00, manakala keseluruhan nilai rampasan termasuk barangan lain mencecah kira-kira RM101,305.00.

Susulan itu, pihak KPDN telah mengambil tindakan di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 21 akta yang sama.

Kenderaan terbabit turut disita bagi membantu siasatan lanjut, jika disabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan berulang, hukuman boleh meningkat kepada denda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, bagi syarikat, denda boleh mencecah sehingga RM2 juta dan meningkat kepada RM5 juta bagi kesalahan seterusnya.

KPDN Cawangan Miri menegaskan akan terus mempergiat pemantauan di stesen minyak bagi mengekang aktiviti penyelewengan barang kawalan.

Penjualan bahan api ke dalam bekas selain tangki asal kenderaan melebihi 20 liter tanpa permit sah merupakan satu kesalahan serius di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan boleh menyalurkannya melalui WhatsApp di talian 019-8488000, portal e-Aduan KPDN di e-aduan@kpdn.gov.my, talian Call Centre 1-800-886-800 atau aplikasi Ez Adu KPDN.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 64 warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Imigresen di Kuching
Next: Bayi lima bulan disyaki didera, bapa ditahan positif dadah  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.