Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korea Utara lancar peluru berpandu balistik jarak dekat
  • GLOBAL

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik jarak dekat

Utusan Sarawak 1 day ago
ORANG ramai menonton skrin televisyen yang menayangkan siaran berita dengan rakaman fail ujian peluru berpandu Korea Utara, di stesen kereta api di Seoul pada 8 Mei 2025. Korea Utara melancarkan apa yang kelihatan seperti beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat pada 8 Mei, kata tentera Korea Selatan, kira-kira seminggu selepas pemimpin Kim Jong Un menguji sistem senjata baharu untuk kapal perang terbarunya.
FOTO AFP

SEOUL: Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada Khamis, pelancaran pertama seumpamanya sejak Mac, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan tentera Korea Selatan.

Menurut Ketua Turus Bersama (JCS), peluru berpandu itu dilancarkan kira-kira 8.10 pagi waktu tempatan dari bandar pesisir timur Wonsan.

JCS berkata pihaknya mengesan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat dalam ujian itu.

“Tentera kami mempertingkatkan pengawasan terhadap kemungkinan pelancaran tambahan dan mengekalkan kesiapsiagaan penuh, sambil berkongsi maklumat berkaitan peluru berpandu balistik Korea Utara dengan Amerika Syarikat dan Jepun,” menurut JCS dalam satu kenyataan.

Pelancaran itu berlaku kira-kira dua bulan selepas Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat yang disyaki pada 10 Mac lalu, serentak dengan latihan ketenteraan bersama antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Ia juga merupakan pelancaran peluru berpandu balistik kedua sejak Presiden AS, Donald Trump kembali ke Rumah Putih pada Januari lalu.

Setakat tahun ini, Korea Utara dilihat mengelak daripada melakukan provokasi jarak jauh atau tindakan ketenteraan berprofil tinggi, di tengah-tengah hubungan ketenteraan yang semakin erat dengan Rusia serta lebih memberi tumpuan kepada retorik berbanding ujian senjata utama, kata penganalisis.– Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: India serang kompleks kesihatan, pendidikan Pakistan
Next: Putin, Xi adakan perbinangan di Moscow sempena sambutan hari kemenangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.